"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Thursday, December 16, 2010

~tanpamu siapalah diriku~

tanpamu siapalah diriku

kaula teman kaulah yang satu

belaian kasih sayangmu padaku

bagai menatang minyak yang penuh

sejak aku dilahirkan hingga kini

engkau tidak pernah jemu mendidikku dan menjagaku

adakalanya engkau mengeluh kerana kenakalanku

tetapi keluhanmu itu bukan omongan kosong

keluhanmu itu disusuli dengan doa tulus ikhlas

dan harapan yang menggunung untuk melihat

aku mencapai ke puncak kejayaan dengan gemilang

tanpamu siapalah aku

kaulah teman kaulah segalanya

kala aku kesepian kaulah menemaniku

kala aku keresahan kaulah menyenangkanku

kala aku kesedihan kaulah menghiburkan hatiku

segala kata-katamu ku jadikan sebagai pembakar semangat

untuk aku meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba

dirimu pula ku jadikan contoh tauladan buatku dan

pengorbananmu itu amat aku hargai melebihi daripada nilai sebuah mutiara

pengorbananmu membesarkan aku tujuh beradik bukan senang

Memandangkan abah pergi dulu menyambut seruan Ilahi

ibu tabah berdiri sendiri

tanpa ada yang membantu

sanak saudara memandang sepi

namun ibu tidak pernah lelah memeliharaku dan kami

ibu tidak perbah lelah membanting tulang membesarkan kami

pernah satu ketika ibu menjadi tukang masak di sekolah

sesudah itu berjualan kuih pula pada setiap pagi

pernah juga ibu bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di sebuah warung

ibu tidak pernah merungut mahu pun putus asa

ibu orang yang paling awal bangun dan paling lewat tidur

demi melihatkan kami cukup makan minum

ibu melakukan itu semua

aku pernah melihat ibu pada satu malam berdoa dan bersujud pada Yang Maha Esa

Malah, mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga

sungguh aku sebak melihat ibu

kesabaranmu menjadikan aku lebih tabah

kelembutan dan kasih sayang yang engkau perlihatkan

mendidikku menjadi seorang yang penyayang

insan yang aku maksudkan ini tiada pengganti tempatnya

dia hanya satu dalam ibuku

Ibu!

dialah ibu yang memahami segala isi hatiku

betapa hebatnya dirimu ibu

pengorbananmu tidak terbatas

tidak mengenal jemu

meskipun keletihan....

Ibu...

kau ampunilah dosa-dosaku

kerana syurga itu di bawah telapak kakimu

Kaulah ibu inspirasiku


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau ampuni dosa-dosa ibu bapaku, Kau tempatku mereka di syurga..amin ya rabbal alamin.

No comments: