"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Thursday, July 21, 2011

kala lisan tidak mampu lagi diungkap

Assalamualaikum wbt..


rasanya sudah hampir 4 bulan blog ini ditinggalkan sepi tanpa berita, khabar mahupun coretan...tuntutan kerjaya sebagai seorang guru membataskan waktu untuk aku menulis dengan lebih kerap..ahh sebenarnya itu cuma alasan..pokoknya, aku merindukan penulisan di blog ini untuk kesekian lamanya..aku benar2 berpegang kepada prinsip kalau lisan tidak mampu terucap, biarlah jari jemari yang zahirkan segalanya..agar tiada lagi menjadi beban..agar hati ini tidak lagi meliputi kebimbangan..Allahuakbar..Terlalu banyak yang membebankan fikiran dan sanubari ku ketika ini.Kelmarin ketka kesulitan datang menyapa ku yakinkan diri bahawa pasti di hujung jalannya terdapat hikmah yg tersembunyi , dan Alhamdulillah kemudahan itu akhirnya Allah berikan padaku dalam urusan ini. Kerana dalam ayat cinta-Nya yang begitu indah, Allah telah menegaskan dua kali "Fa Innama'al 'usri yusro. Innama'al 'usri yusro." (Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan) Q.S 94 : 5-6.
Ya Allah, syukur tiada henti ku lafazkan dalam hati dan lisan alhamdulillah di atas kemudahan yang Engkau telah kurniakan.terima kasih ya Allah..sesungguhnya aku terlalu banyak meminta, hanya sedikit yang ku memberi dan Engkau sentiasa memberi walaupun hambaMu ini terlalu banyak lalai kepadaMu.


firman-Nya yang bermaksud, "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155)