"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Sunday, January 9, 2011

ini entri padan muka..:P

Assalamualaikum wbt

ini ada satu kisah, kisah arnab dan sang kura2...eh salah2..kisah aku dan kawan2nya..ehehhe
kisah ini sebermula dri mggu pertama sem ni lagi.Aduhh, ni sume berpunca dari masalah tambah gugur punye pasal.Alkisahnya, u aku ni mempunyai pelbagai mazhab masing2..ada yg kate itu, ini, itu, ini...ooo ini x bule, itu bule...dan macam2 hal lagi la..adesss bule pening okei..pastu sebuk plak nak tambah gugur subjek dah elok2 aku dan kawan2 nye subjek terbaekkk dari ladang..tber2 ley gugurkan satu subjek gara2 terlalu skema jawapan yer...hahaha lepas tu add balek mcm org takde keje kn..kn...ye, aku mmg pandai..*menanges*

sebenarnya kawan punye kawan aku Cik A dah ckp awal2 da yg kita tak payah dgr ckp org sgt, tetapkan pendirian teruskan je dgn subjek yang kita da amik tu...hukhuk 
tapi, aku punye penyakit keras kepala tanak dgr ckp org tp kekadang terlalu percaya kat org..heh mcm mana tu korg pkir la sndiri yer..

tp sygnya nasi susah sudaa menjadi bubur maa, esok akan bertungkus-lumus berjumpa dgn incik lecturer agar approve subjek yg ktorg nak add tu dgn sesegera...:'(


sebab.sebab..sebab ini minggu last tambah gugur..adehhhh



okei, entri mengarut abes setakat ni..


*cau cin cau*

Saturday, January 8, 2011

mari bersama hidup secara sihat (part 1)

assalamualaikum & salam sejahtera sume..

ehem3x..tber2 arini terasa rajen nak hapdate belog setelah sekian lama inii belog bersawang dan berlabah2 mari kita bercakap bercerita pasal kesihatan plak
aku bkn pe aku rase ramai rakyat Malaysia skang ni yg tak amalkn hidup secara sihat kn..kn..
aku sendiri adalah contoh terbaik..huhu
seb bek ngaku kau...berbalik kpd cherita kesihatan ni..meh aku nak bg sedikit info pasal jenis2 penyakit yg semakin berleluasa di Malaysia kini serta punca2nya..peh ayat bajet nk skema..khekhekhe..(sape tgok cte mak limah tu paham ler) ;0

1) diabetes aka kencing masam manis

Diabetes adalah satu keadaan di mana kadar gula dlm darah adalah lebih tinggi dri kebiasaannya.
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

sumber:http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/DiabetesMellitus.php

puncanya biasalah sbb kita suka sgt bermanis-manisan kn..air nk manis jek, kalo x manis tak kaw pastu makan benda manis lag...ermm lagi la parah..


2) Kegagalan jantung utk berfungsi dgn baik

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' di Malaysia. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.

Punca yg paling ketara ialah disebabkan oleh pembentukan kolestrol dlm pembuluh darah kita..ermmm tros rase nak banned makanan segera spt KFC, MCD dsbg nyaa..takot2 wooo


3) Darah tinggi atau hipertensi

Penyakit ni lebih kurg mcm darah die lebey tinggi daripada org laen..hahaha

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Punca secara umum kes penyakit mcm ni biasala kan selalu mengamalkan pemakanan yang tak sihat. Sebagai contoh kuantiti garam yang banyak dlm badan. Tapi secara saintfik plak  penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan..
Begitulah hendaknya..ohh hari ni sy jd doktor tak bertauliah ye puan2 sekalian..sedia maklum dolu2 blajo tak pandai nak jadi doktor...sob3 *lagu sedih di belakang mengiringi*

Saturday, January 1, 2011

ape la nasib ku ini

Assalamualaikum wbt..


pd sekian pagi yg indah td telah aku berbual dgn keluarga aku dengan penuh semangat..yela kn, esok aku da tade..ala nak g balik kandang  u lerr..isk tengah2 borak tu terkeluar la isi hati ku utk menanyakan mak ttg suatu hal yg penting ni....

Aku : Mak..mak nape mak tak anta org balik u..asik2 tak dpt anta jer ...kalo nk kira mak anta org mmg boleh dikira dgn jari kaki tangan ...huhuhu
Mak : yelah macam mana nak anta kan nak anta nadia lagi, xkan la nak anta dua2 mane la sempat nanti..
K. ude(nyampuk) : tah ler ko ni, potong badan ude ni jadi 2 la, bru bole anta dua2 skali
Aku : (nanges laju2 dlm ati) huwaaaa..;'(..Nape adik aku selalu menyibuk ni, da la selalu balik rumah..dah tu tiap kali balik mesti berhantar berjemput..ini tidak adil..ku hanya mampu merungut dlm hati kecil..

isk aku ni da la tak suka naik bas...bkn hape sesak..ramai org taw kak kl tu..isk kalo campur lg rakyat asing mau pengsan sebulan dgn bau2 yang menusuk kalbu..adesss
Y_____Y



apa la nasib diriku yang malang Oh Tuhan...(sape yg senaseb mcm ak ley nyanyi same2 lagu ni)




Lampiran:

ude dan nenun