"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Sunday, October 24, 2010

jangan bersikap sombong..^^

assalamualaikum dan salam sejahtera..
topik yang ingin sy bincangkn hari ini adalah berkenaan dgn sifat sombong dlm dri kita.
Pernah atau tidak anda menyombongkan diri..opkos la tanak ngaku kan..ermm3
mmg sikap sombong ni kadang2 kita pun boleh tak perasan yang kita ni mempunyai sifat sedemikian..yg penting sikap ni mmg tak elok taw..
ni sy bawakn satu cerita..:))

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.
Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :
” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.
Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.
Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.
Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
=========
Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…

Friday, October 22, 2010

sunyinyeee..:'(

assalamualaikum dan salam sejahtera
arini rase bosan sunyi sgt sbb 'rumet' sy tade beliao pegi bercuti eh balek kampong tp same la kan maksud ye tu cuma term jer yg lain...wuuu~

mmg sunyi la sy duk sorg2 tade sape yg menemani..haishh

takpe2..mari kita berzikir dan mengaji same2..ayuh..:))
moga redha Allah bersama kita..

mEmbuka blog...eheee~~~


assalamualaikum dan salam sejahtera
tunjuk ajarku cikgu sifu ye..baru nak berjinak2 dalam dunia blog ni, harap-harap ada makanan ilmu yang dapat kita manfaatkn bersama ye..salam ziarah ke blog saye..;))