"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Thursday, September 29, 2011

sabarkan aku

Bismillahirahmanirrahim
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Kali ini Allah mengujiku lagi
dengan ujian kesakitan..
Aku redha dengan ujianMu Ya Allah..
Ujian inilah mengingatkan aku tentang dosa-dosa lalu
mengingatkan aku tentang kematian
menyedarkan aku tentang peritnya rasa sakit..
yang selama ini aku sering leka
hanyut dengan kenikmatan
alhamdulillah Ya Allah
kerana Kau telah menyedarkan aku dengan rasa sakit ini..


Aku betul-betul redha dengan ujian-Mu ini ya Allah..bukti kecintaan-Mu pada hamba yang berdosa
~berpinar mataku
~nafasku sesak
~tubuhku menjadi lemah..
~aku menggigil kesejukan..
dan aku tertidur..


Walaupun dah banyak kali merasa
hampir banyak kali aku menitiskan air mata..
mengenangkan kesakitan yang ku alami
ketika ku keseorangan
tanpa bertemankan  ibu dan ayah di sisiku
hanya untaian tasbih yang menemaniku
mulut dan hatiku hanya mampu bersuara
dalam diam
sembuhkanlah penyakitku
selagi aku masih belum sempat menjaga dan membela nasib keluargaku, janganlah Engkau mengambil nyawaku

sempatkan aku untuk menjaga ibuku
sempatkan aku untuk sentiasa mendoakan ibu dan abahku
sempatkan aku untuk dapat mencium telapak tangan dan ubun-ubun ibuku
sempatkan aku Ya Allah untuk menemui ibuku dan sentiasa menemani ibuku sepanjang hayatnya..
Allah, aku tahu aku tidak layak untuk meminta begitu banyak seperti ini..cukuplah agar aku dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjaga ibuku..aku tidak mahu menjadi beban kepada orang tuaku.Bahkan, akulah yang harus bertanggungjawab ke atas orang tuaku..Allahurabbi, bantu aku..bantu aku..permudahkan segalanya.
Aku juga tidak mahu menjadi bebanan sahabatku yang sentiasa berada di belakangku walau susah senangnya kami.
Allah, betapa baiknya mereka sanggup meredah hening malam untuk menghantar ku ke klinik, memanggil teksi, memapahku, menungguku dengan setia di ruang emergency, memberiku makan ubat, memaksaku makan ubat, memaksaku pergi ke klinik lagi..ya Allah, sungguh sahabat yang Engkau kurniakan kepadaku ini terlalu baik.Jangan benarkan aku menyakiti hati mereka ya Allah.Jagalah hatiku dengan pandangan rahmat-Mu agar aku juga dapat memberi kesenangan kepada sahabat fillah ku.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
untuk menghadapi setiap ujianMu
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku..
sembuhkanlah penyakitku
Amiiin ya Rabbal a'lamin