"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Friday, December 9, 2011

keep spirit and keep trust in Allah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (erk, nak juga)

Hidup ini rumit tetapi Allah rencanakan yang terbaik untukku , baik tangis atau tawa aku yakin semua tanda sayangNya agar aku boleh jalani semua dengan sempurna,  hingga semua kisahku didunia berakhir . Jatuh bangun aku menghadapi semuanya, kadang begitu semangat menghadapi hari, tak jarang aku lelah dan melepaskn semua semangatku. Remaja sepertiku masih amatlah goyah jika menghadapi apapun, beruntungnya aku cepat - cepat tersenyum kembali jika sedang bersedih.  Aku sama sekali belum merasakan kekejaman dunia yang sebenarnya!! Jadi aku tidak boleh menyerah sekarang, mungkin kata itu yang akan selalu aku sematkan didalam fikiran untuk menggapai semua impianku. Goyah kerana perasaan sepertinya sudah tak aneh, mengapa seperti itu ? Kerana aku memang begitu lemah menghadapi perasaanku sendiri, dan ujian dibuat untuk menguatkanku. Aku boleh dan harus boleh hadapi semua ini...yaaa aku BOLEH..
*Aku dirundung dgn himpitan masalah/problem yang tak sudah2 selagi tesis ku ini tidak siap2..kawan2 doakan agar aku dapat menyiapkan tesis dengan baik yaaa..

No comments: