"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Tuesday, December 27, 2011

takdir Allah

lumrah kehidupan yang hidup pasti akan mati
kematian itu PASTI.
jadi, sahabat usah berduka atas pemergian ibumu
kerana apa yang patut kamu tahu.dulu aku juga berduka seperti kamu dek kerana kehilangan seorang abah yang disyangi.Tetapi, percayalah ibumu damai disana sekiranya doa kamu sentiasa untuknya..percayalah, ibumu akan tenang sekiranya kamu menjadi soleh/solehah.Bukti, ibumu berjaya mendidik kamu untuk menjadi hamba bukan sekadar hamba dunia tetapi mempersiapkan amal utk menuju Ilahi.
Sahabat, redhakan pemergian ibumu dan sentiasa mendoakannya yang terbaik.:')
Al-fatihah buat bonda sahabat sepengajian saya..Al-fatihah~
juga buat abah yang sentiasa di ingatan. Al-fatihah
Semoga anak-anak abah ini mampu membahagiakan abah di akhirat kelak..aminn ya rabbal alamin

*sesungguhnya merindui yang hidup tidak setanding merindui'nya' yang telah kembali ke sisi Yang Abadi
Al-fatihah


Monday, December 26, 2011

terjatuh

aku yang terjatuh
bukan terjatuh kerusi atau pun terjatuh tangga
bukan juga terjatuh basikal mahupun motosikal
maafkan aku sebab terjatuh pada kamu ;)
kamu cinta pertamaku dan semoga kamu akan menjadi cintaku yang terakhir membawa ke syurga..amin amin ya rabbal alamin..



Wednesday, December 21, 2011

masih ada

masih belum terlambat untuk kita mengisi masa2 yang ada ini dengan yg manis
agar esok akan ada yang kita kenangi dengan senyum
agar esok aku tidak akan dilupakan
agar kalian dengan izin Tuhan tidak akan aku lupakan
buat selama-lamanya dengan izin Tuhan ukhuwah itu milik kita sampai syurga..insyaAllah
:')

dengan izin Tuhan, ukhuwah kita tidak akan berhenti disini

Friday, December 9, 2011

keep spirit and keep trust in Allah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia (erk, nak juga)

Hidup ini rumit tetapi Allah rencanakan yang terbaik untukku , baik tangis atau tawa aku yakin semua tanda sayangNya agar aku boleh jalani semua dengan sempurna,  hingga semua kisahku didunia berakhir . Jatuh bangun aku menghadapi semuanya, kadang begitu semangat menghadapi hari, tak jarang aku lelah dan melepaskn semua semangatku. Remaja sepertiku masih amatlah goyah jika menghadapi apapun, beruntungnya aku cepat - cepat tersenyum kembali jika sedang bersedih.  Aku sama sekali belum merasakan kekejaman dunia yang sebenarnya!! Jadi aku tidak boleh menyerah sekarang, mungkin kata itu yang akan selalu aku sematkan didalam fikiran untuk menggapai semua impianku. Goyah kerana perasaan sepertinya sudah tak aneh, mengapa seperti itu ? Kerana aku memang begitu lemah menghadapi perasaanku sendiri, dan ujian dibuat untuk menguatkanku. Aku boleh dan harus boleh hadapi semua ini...yaaa aku BOLEH..
*Aku dirundung dgn himpitan masalah/problem yang tak sudah2 selagi tesis ku ini tidak siap2..kawan2 doakan agar aku dapat menyiapkan tesis dengan baik yaaa..

Wednesday, November 2, 2011

noktah

mengapa tidak dijawab sapaku ini
tulislah sebaris ayat atau benci..
ingin dilupakan atau diingatkan
usahlah menanti shingga rindu hilang wanginya
senyum jadi tangis
 jika anda memilih untuk sepi
saya memilih untuk berdiam diri
sama-samalah kita mencipta sunyi.NOKTAH

Thursday, September 29, 2011

sabarkan aku

Bismillahirahmanirrahim
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Kali ini Allah mengujiku lagi
dengan ujian kesakitan..
Aku redha dengan ujianMu Ya Allah..
Ujian inilah mengingatkan aku tentang dosa-dosa lalu
mengingatkan aku tentang kematian
menyedarkan aku tentang peritnya rasa sakit..
yang selama ini aku sering leka
hanyut dengan kenikmatan
alhamdulillah Ya Allah
kerana Kau telah menyedarkan aku dengan rasa sakit ini..


Aku betul-betul redha dengan ujian-Mu ini ya Allah..bukti kecintaan-Mu pada hamba yang berdosa
~berpinar mataku
~nafasku sesak
~tubuhku menjadi lemah..
~aku menggigil kesejukan..
dan aku tertidur..


Walaupun dah banyak kali merasa
hampir banyak kali aku menitiskan air mata..
mengenangkan kesakitan yang ku alami
ketika ku keseorangan
tanpa bertemankan  ibu dan ayah di sisiku
hanya untaian tasbih yang menemaniku
mulut dan hatiku hanya mampu bersuara
dalam diam
sembuhkanlah penyakitku
selagi aku masih belum sempat menjaga dan membela nasib keluargaku, janganlah Engkau mengambil nyawaku

sempatkan aku untuk menjaga ibuku
sempatkan aku untuk sentiasa mendoakan ibu dan abahku
sempatkan aku untuk dapat mencium telapak tangan dan ubun-ubun ibuku
sempatkan aku Ya Allah untuk menemui ibuku dan sentiasa menemani ibuku sepanjang hayatnya..
Allah, aku tahu aku tidak layak untuk meminta begitu banyak seperti ini..cukuplah agar aku dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menjaga ibuku..aku tidak mahu menjadi beban kepada orang tuaku.Bahkan, akulah yang harus bertanggungjawab ke atas orang tuaku..Allahurabbi, bantu aku..bantu aku..permudahkan segalanya.
Aku juga tidak mahu menjadi bebanan sahabatku yang sentiasa berada di belakangku walau susah senangnya kami.
Allah, betapa baiknya mereka sanggup meredah hening malam untuk menghantar ku ke klinik, memanggil teksi, memapahku, menungguku dengan setia di ruang emergency, memberiku makan ubat, memaksaku makan ubat, memaksaku pergi ke klinik lagi..ya Allah, sungguh sahabat yang Engkau kurniakan kepadaku ini terlalu baik.Jangan benarkan aku menyakiti hati mereka ya Allah.Jagalah hatiku dengan pandangan rahmat-Mu agar aku juga dapat memberi kesenangan kepada sahabat fillah ku.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan
untuk menghadapi setiap ujianMu
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku..
sembuhkanlah penyakitku
Amiiin ya Rabbal a'lamin

Wednesday, August 24, 2011

kerana jiwaku kerdil

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba-hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada 
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya

Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?

Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan 
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu 
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja

Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu? 
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku...

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...

Tuhan, pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu
Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb..

Aku mohon dengan sangat..Perkenankanlah. 

:: Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::

Friday, August 19, 2011

jiwa yang merintih



Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku sesungguhnya Engkau yang menurunkan bencana, yang memutuskan pengharapan .Aku telah berusaha menghampiriMu dengan zikir kepadaMu. Dengan kemurahanMu aku bermohon sudilah Engkau dekatkan aku ke ribaanMu. Sempatkan aku untuk bersyukur kepadaMu. Bimbinglah aku agar sentiasa mengingatiMu, supaya takdirku tidak seperti hari-hari yang telah berlalu. Aku memohon kepadaMu dengan penuh kerendahan, kehinaan dan kekhusyukan agar Engkau maafkan dan sayangi aku. Ya Allah, aku memohon kepadaMu laksana permohonan orang-orang yang terdesak oleh kesulitannya yang menghampiriMu ketika tersekat urusannya. Yang besar dambanya untuk meraih apa yang ada disisiMu. Maha Tinggi kedudukanMu. Selalu tersembunyi rencanaMu. Selalu tampak kuasaMu. KekuatanMu tidak terkalahkan semua yang berlaku atas kudratMu..ALLAHUAKBAR

Thursday, July 21, 2011

kala lisan tidak mampu lagi diungkap

Assalamualaikum wbt..


rasanya sudah hampir 4 bulan blog ini ditinggalkan sepi tanpa berita, khabar mahupun coretan...tuntutan kerjaya sebagai seorang guru membataskan waktu untuk aku menulis dengan lebih kerap..ahh sebenarnya itu cuma alasan..pokoknya, aku merindukan penulisan di blog ini untuk kesekian lamanya..aku benar2 berpegang kepada prinsip kalau lisan tidak mampu terucap, biarlah jari jemari yang zahirkan segalanya..agar tiada lagi menjadi beban..agar hati ini tidak lagi meliputi kebimbangan..Allahuakbar..Terlalu banyak yang membebankan fikiran dan sanubari ku ketika ini.Kelmarin ketka kesulitan datang menyapa ku yakinkan diri bahawa pasti di hujung jalannya terdapat hikmah yg tersembunyi , dan Alhamdulillah kemudahan itu akhirnya Allah berikan padaku dalam urusan ini. Kerana dalam ayat cinta-Nya yang begitu indah, Allah telah menegaskan dua kali "Fa Innama'al 'usri yusro. Innama'al 'usri yusro." (Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan) Q.S 94 : 5-6.
Ya Allah, syukur tiada henti ku lafazkan dalam hati dan lisan alhamdulillah di atas kemudahan yang Engkau telah kurniakan.terima kasih ya Allah..sesungguhnya aku terlalu banyak meminta, hanya sedikit yang ku memberi dan Engkau sentiasa memberi walaupun hambaMu ini terlalu banyak lalai kepadaMu.


firman-Nya yang bermaksud, "Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155)


Monday, June 6, 2011

Ya habibati..

Seringkali kita mendengar kisah kasih sayang Rasulullah saw, kisah Rasulullah saw di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya. Nabi tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabi-nabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi adalah " Umatku, Umatku, Umatku." Berikut adalah beberapa kisah berkenaan kasih dan sayang Rasullulah saw terhadap umatnya.
Suasana di Padang Masyhar
Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad saw dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,

"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi & Rasul,
berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab." 

Jawab Nabi Muhammad saw,
"Aku akan tolong kamu semua." 

Rasulullah saw pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian Baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH swt pun berfirman,
"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.
Aku akan kabulkan permintaanmu."


Rasulullah SAW menjawab,
"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali." 

Titian Sirat

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah saw yang mengucapkan kalimah,
" Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku." 

Tingkatan Neraka
Neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad saw yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah saw mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah saw yang sombong, Baginda pengsan. Bila sudah sedar, Baginda bersabda,
"Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?

Jibrail menjawab,
"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama.
Adakah kita sayangkan Rasulullah saw sepertimana
sayangnya Rasulullah saw kepada kita?




ya Allah rindu aku padanya..selawat dan salam keatasmu ya Rasulullah SAW



Wednesday, April 27, 2011

kenangan rumah n0 9


Bismillahirrahmanirahim pembuka kalam..
Selama 2 tahun kita menyulam suka duka bersama sebagai ahli keluarga..biarpun ada sesekali ada tersakit hati atau terguris hati mana2  pihak..tertegur mana yang patut..semua itu kenangan kita, mungkin akan diiingati bila kita tiada lagi disini..apabila kita tiada ruang lagi untuk bersua kerana kesibukan kerjaya atau komitmen keluarga..hurmm..jujur, aku katakan kalian terbaikkkk!!!jujur sangat..tiada kata yang dapat ku gambarkan dgn kata2 betapa bahagianya aku mengenali kalian tetapi biar aku deskripsikan nilai diri kalian secara umum sahaja..:)

Kak Has: dianggap sbg kakak kami plg sulung krn lebih usia sedikit drpd kami..hehe..suka bercerita lagipun kalo dgr kak has cerita rasa semangat sgt taw..sbb kak has cerita dgn penuh semangat wajah ..ehehe..kak has ampun yer kalau ada terkasar bahasa atau membuat kak has terkecil hati dgn apa2 pun perbuatan dan percakapan kita..",)..kita memang begini, gurau kasar...huuu

Fairus: sangat manja orgnya..oke fine awak ckp lemah gemalai sgt..nasib baik sy perempuan thu..takdelah rasa nak terpikat sgt pon..T.T..pstt nanti cakap dgn org lelaki jgn lembut2 sgt taw..bahaya.mesti ada ketegasan..ehehe.awak tu dh jadi tunangan org..opsss..alalalala..dgn fairus pon kita nak minta ampun sekiranya ada kata2 yang pernah membuat fairus berkecil hati...huuuu..sememangnya sy suka bergurau dgn masyarakat terdekat..tp sadis sangat tak diterima oleh masyarakat..T_______T

Anis: cek mek molek kelate ni..anis..hehehe..serius masa2 mula kenal ko kan anis ak tak tahu dan tak sangka pula ko asal kelantan dan anak jati kelantan..sebab ko takde keluar loghat pon..:)..bagusnya anis ni selalu kalo balik drpd kg selalu bekalkan bekalan kopok2, kopok lekor..rencah tomyam dan banyak lagi..baiknya..pastu sgt tak berkira dlm segala hal pon..:))..bestnya sebab ak paling suka makan free2 ni anis..sbb tu kalo ko pelawa jer bekalan2 makanan tu mesti habes punya...T___T..maap anis perut raksasa nak wat guano..p/s:ak nak minta maaf yer anis kalo ada wat salah ke..termakan minum ke..terguna barang2 ko..minta halal yer..:0

Una: alahai una, ko selalu menyendiri jadi ak tak berapa kenal sgt ko tp tetap ak anggap ko sbg kawan ak..huhuhu..una, ak nak minta maaf taw kalau ada teguran2 ak yang buat ko kecil hati atau sakit hati..biasalah tu..mulut celupar ak ni..T__T..maap sgt una..untuk kebaikan kita bersama..lagi satu ak nak pesan ko jgn stress2 sgt..isk..bertenang ok..bertenang..insyaAllah semua baik..maaf yer una..terima ksih sgt sbb selalu bg ak mkn kek batik ko buat..sedap..len kali wat lagi anta kat ipoh..:))

Linda: kwn pertama ak kenal kat sini dan merangkap 1st rumet..lnda dgn ini ak minta maaf sekiranya ada perkara2 yang membuatkan ko berkecil hati dgn ak..ak tahu ak salah sbb kadang2 ada terlupa kan ko..ak terpinggirkan ko..sebab ak pon tak sedar linda..bila ko luahkan kat ak baru ak tersedar..minta maaf sgt2 linda..:) ak memang penuh dgn kurangnya, adakalanya ak ada lupa, ada angin sendiri..(eh, bukan adakala, acapkali sebenarnya)..ok linda baek2 yer berpraktikum lakukan yang terbaik ye..chaiyo3x...

Sha: walaupun ko suka garang2 dan buli2 ak tapi ak tetap syg kat ko sha..bluwekkkk..ok itu ak gurau jer ek sbnarnya tak syg pon..ekekeke..ko memang suka gelak sha..fine, sha gelak gegar satu rumah lagi2 bergabung dgn dak tu..isk..pastu sha pemikiran ko sgt matang sha..memang ak respect gila sebab ko seorang yang jual kari eh berdikari dan boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan bantuan org lain..peh respek2..nnti ko tolong ak jual kar gak sha eh..
sha minta maaf yer kalo ak ada wat ko kecil hati, paru, limpa , jantung dsbgnya...ampun makkk..eh esok kte praktikal sesama ko tlong watkan rph ak eh..bhahaha..:}

Zati @ adik: adik ni comel sgt taw..eeee gigit dia baru tahu...ok adik sgt tenang tak PERNAH tengok adik MARAH..memang tak pernah..isk..macamne nak wat adik kta ni marah ek..cer cter..cer cter..eheheh..adik di sini kakak mu bukan kakak kandung mu ingin mohon maaf seandainya ada menyakitkan hati adik dan membuli adik..biasa la tu tahap adik2 memang patut kena buli pon..:P..nanti g ipoh kita jengjalan yer..wink wink

Hana: oke ini sangat senget..yer hana ko senget tp tak sangka sensitif sgt..suka kat kucing bagus sgt..alhamdulillah antara org yang pling mulia adalah org yang menyukai dan memuliakan kucing..dan ko sgt mulia hana..:)..serius..org yang suka kucing ni pon penyayang taw..ptot la ko penyayang jer dgn ak..hahaha..terima ksih juga sbb ko asik tolong angkatkan baju ak jer bila ak takde ataupun ak g bertafakur(tido)..mekaseh ana..nnti angkatkan lagi eh..;)..dan ak juga nak mohon maaf sekiranya ada perangai ak yang membuat ko tak puas hati rasa cam nak sepak jer kan..ak tau la..hehe
mari kita nyanyi lagu negeri johor mau..terima ksih ana sudi layan kerenah ak..terima ksih..terima kasih..:')

Ann: sengot, gonjong, cik nyamuk..hah tu la dia...tuuu diaaaa..hee ..selalu best kalo kuar membeli belah dgn ann ni..sbb mesti dapat less harga..tah la dia mandrem tuan kedai agaknya..muahahaha..an..an..ann(lagu doremon k)..ak tahu ak tak sempurna selalu gak bila ak berangin bergoyang pokok kan..pokok tu ibarat ko dgn jijie la..maaf la ann..sgt2 suka berkawan dgn ko ni sbb ko 'cool', suka wat lawak ngok ngek, suka tolong ak..ngeh2..baik buatkan bubur smpai tgn cedera parah..jalan kaki jauh2 semata2 teman ak..ko memang baik ann..nnti duk johor tu jgn melupakan ak plak ek..terima kasih ats segalanya..terima kasih teman 'lesbian' ku disini..terima kasih..:')

Jijie: huuuuuuuuuuuuu..ak sedih sgt td melepaskan ko pergi ibarat nak melepaskan separuh jiwaku..ak tahu ak bukan teman terbaik buat ko..ak tau kadang2 ak suka diamkan diri kalo merajuk pastu ak selalu wat ko sedih + kecil hati..jijie...ak minta maaf dr hujung rambut sehingga hujung kaki..memang jiwa ak begini..mudah terasa dgn org apatah lagi dgn org yang ak paling rapat..ak terasa dgn ko sbb ak PALING RAPAT dgn ko jie..ko lah teman sekuliah ak drpd sem 1 sampai sekarang sem 6..dulu2 kita berdua jer tp sejak ada ann bertambah sorang2 same2 g kelas..ak syg ko jie oiii..sebab ak syg la ak selalu diam je kalo merajuk cuba kalo ak berbising nnti ak akan mengecilkan hati ko..jijie, terima kasih jie..diatas kurniaan hubungan persahabatan ini..moga hubungan ko dgn ehem2 berakhir ke jinjang pelamin dan seterusnya berbahagia sampai syurga..amin amin ya Allah..terima kasih noor aziah arbin d20081033309 ******..tgok login id dengan password ko pon ak hafal..hehehe..terima kasih sahabat..:))..

Catitan: aku hanya mampu menyeka air mata selepas selesai menaip karangan ini, ini cuma luahan jiwa sahaja supaya apabila kita jauh tiada lagi gundah yang meresahkan fikiran tentang kita..semoga kita dapat buat yang terbaik sebagai cikgu pelatih nanti.doaku pada kalian tidak pernah putus..malah, aku berharap hubungan kita bukan setakat ini..bukan terhenti disini..tetapi ini hanyalah sekadar permulaan..ibarat kita mengenal diri masing2 dan berkenalan..:)
Biar jasad kita jauh tapi jiwa kita sama sahabat..biar Allah yang merahmati hubungan persahabatan ini selebihnya kita saling berhubungan dan  bersilaturrahim..salam sahabat bertemankan rindu dan doaku selalu..terima kasih atas segalanya panjang umur kita jumpa semester 8..insyaAllah..:')

Saturday, April 23, 2011

Istimewa wanita disisi Allah SWT


Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )

Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

Note : sila copy atau share.. syukran..:)

sumber dari |akhi fairuz mzm-fc|


Monday, April 11, 2011

Rindu itu

Apakah aku akan dirindu pabila ku tiada lagi di sini???
*diam...sunyi..pilu meragut jiwa
hati berlagu pilu memikirkan aku akan terpisah dengan sahabat2 baik aku apabila aku bakal berpraktikum awal bulan Mei ini..selepas ini tiada lagi yang akan ku dengari gelak tawa sang sahabat ku Cik A, tiada lagi senda gurau si kecil sahabatku Cik J..tiada lagi bunyi hingar dan rajuk cik H..dan jauh ku tinggalkan sahabat2ku yang lain..tapi tidak apa, sunnah kita hidup ini ada mula dan akhirnya.mungkin kita bertemu pada tika ini dan masa akan datang kita terpisah.Sudah resam dunia yang bertemu akan berpisah..matahari akan bergilir dengan bulan meniti hari2 yang mendatang..begitulah resam kisah kita semua sahabat..yang penting bawa jiwa kita bersama..jasad kita jauh, tapi jiwa kita satu..semoga kenangan yang ada itu mampu menampung rindu yang membenak dalam jiwa.
Hari-hari yang mendatang ini akan ku titip dengan penuh kegembiraan agar apabila ku tiada lagi di sisi kalian, ada kegembiraan yang aku tinggalkan..

p/s: aku pasti rindukan kalian nanti.=')

Friday, April 8, 2011

perkongsian tentang petai

Assalamualaikum...
A good tips for us, which is for this time being we just never knew..:)
(SORRY,THIS ARTICLE IS IN ENGLISH..BUT IM TRYING TO TRANSLATE IT, BELIEVE ME TRY READING THIS AND YOU WILL NEVER REGRET)


ADVICE FROM UKM MEDICAL DOCTOR

Petai contains three natural sugars -sucrose, fructose and glucose. Combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout. No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.

1. Depression:
According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

2. PMS(premenstrual syndrome):
Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.

3.Anaemia:
High in iron, petai can stimulate the production of haemoglobin in the blood and so helps in cases of anaemia.

4.Blood Pressure:
This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it perfect to beat blood pressure. So much so, the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.

5.Brain Power :
200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.

6.Constipation:
High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.

7.Hangovers:
One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petai milkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and, with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system. 

Heartburn:
Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.

8.Morning Sickness:
Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.

9.Mosquito bites:
Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.

10.Nerves:
Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.

11.Overweight:
Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs. The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.

12.Ulcers:
Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.

13.Temperature control:
Many other cultures see petai as a "cooling" fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In holland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.

14.Seasonal Affecti ve Disorder (SAD) :
Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.

15.Smoking:
Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal. 


16.Stress:
Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat, sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels. These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.

17.Strokes:
According to research in "The New Engla nd Journal of Medicine, " eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%".

18.Warts:
Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!
So, as you can see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps the doctor away". 



gambar petai ..isk ada ke org tak kenal petai




TRANSLATION:



1. Depresi
Menurut survey yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit depresi, ramai orang merasa lebih baik setelah makan petai. Hal ini terjadi kerana petai mengandung tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin. Inilah yang akan membuat relax, memperbaiki mood dan secara umum membuat seseorang lebih bahagia.

2. PMS (premenstrual syndrome)
Jika mengalami PMS, anda tidak perlu makan pil, cukup dengan makan petai. Vitamin B6 yang terdapat dalam petai mengimbangi kadar gula darah, yang dapat membantu mood.

3. Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan membantu apabila terjadi anemia.

4. Tekanan darah tinggi
Petai mengandungi tinggi kalium, tetapi rendah garam, sehingga sangat sempurna untuk menjauhi tekanan darah.

5. Kemampuan otak
200 siswa di Twickenham (Middlesex) dapat menjawab ujian dengan mudah kerana memakan petai ketika sarapan, istirehat, dan makan siang. Kajian telah membuktikan bahawa buah dengan kandungan kalium tinggi dapat membantu belajar dengan membantu siswa semakin berhati-hati.

6. Sembelit
Kerana kandungan serat yang tinggi, maka petai akan membaiki sistem pencernaan.

7. Ubat mabuk
Salah satu cara paling cepat untuk menyembuhkan “penyakit” mabuk adalah milkshake petai, yang ditambah dengan madu. Petai akan membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula darah yang jatuh, sedangkan susu akan menenangkan dan kembali memperbaiki kadar cairan dalam tubuh.

8. Kekenyangan
Petai mengandungi efek antasid pada tubuh, sehingga bila dada anda terasa panas akibat kebanyakan makan, cubalah makan petai untuk mengurangkan sakitnya.

9. Mual di pagi hari
Makan petai diantara jam makan akan menolong mempertahankan kadar gula dan menghindari muntah.

10. Gigitan nyamuk
Sebelum anda mencapai krim gigitan nyamuk, cuba untuk menggosok kawasan yang terkena gigitan dengan bahagian dalam kulit petai. Ramai orang dapat mengatasi rasa gatal dan bengkak dengan cara ini.

11. Untuk saraf
Petai mengandung vitamin V dalam jumlah besar, sehingga dapat membantu menenangkan sistem saraf.

12. Kegemukan
Penelitian di Institute of Psychology Austria menemukan bahawa tekanan ketika kerja menyebabkan orang sering mencapai makanan yang menenangkan seperti coklat dan keropok. Dengan melihat kepada 5.000 pesakit di hospital, penyelidik menemukan bahawa kebanyakan orang menjadi gemuk kerana tekanan kerja yang tinggi. Laporan menyimpulkan bahawa, untuk menghindari nafsu makan kerana panik, kita perlu mengendalikan kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan tinggi karbohidrat setiap dua jam untuk mempertahankan kadar yang tetap.

13. ulsers
Petai digunakan sebagai makanan untuk merawat pencernaan kerana texturnya yang lembut dan halus. Petai mampu menetralkan ulsers dan mengurangkan kegatalan dengan melapisi permukaan dalam ulser.

14. Mengatur suhu tubuh
Banyak budaya lain yang menganggap petai sebagai buah ‘dingin’ yang mampu menurunkan suhu tubuh dan emosi ibu yang menanti kelahiran anaknya. Di Belanda misalnya, ibu hamil akan makan petai untuk meyakinkan agar si bayi lahir dengan suhu tidak tinggi.

15. Seasonal Affective Disorder (SAD) (jiwa kacau)
Petai dapat membantu penderita SAD kerana mengandungi tryptophan.

16. Merokok
Petai dapat menolong orang yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 yang dikandungnya, bersama dengan kalium dan magnesium, membantu tubuh agar cepat sembuh dari efek penghentian nikotin

17. Stress
Kalium adalah mineral penting, yang membantu untuk menormalkan degup jantung, menghantar oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan cairan tubuh. Ketika kita stress, metabolisme kita akan meningkat, sehingga akan mengurangi kadar kalium dalam tubuh. Hal ini dapat diseimbangkan lagi dengan bantuan makan petai yang tinggi kalium.

18. Stroke
Menurut kajian dalam “The New England Journal of Medicine,” makan petai sebagai sebahagian dari makanan sehari-hari akan menurunkan risiko kematian kerana stroke sampai 40%




p/s: 'final exam is just around a corner, maybe we should eat petai for enriched our brain with the goodness' erkkk




source: unknown

Thursday, April 7, 2011

tak paham

assalamualaikum wbt..
tadi saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan sakit saya ni..nampak macam demam tapi sebenarnya bila check suhu hanya 39celcius shj suhu sy..di mana itu adalah suhu normal manusia..tapi saya mengalami batuk yang sangat teruk..:'(
dr tersebut sangat baikdan antara pesanan dr tersebut adalah:
*jangan makan makanan berunsurkan pedas
*jangan makan makanan berunsurkan minyak
*jangan makan makanan yang sejuk2

jadi apa saja yang boleh saya makan ni...T__________T
mungkin maksud dr tu ialah saya hanya boleh memakan bubur memandangkan tekak saya amat perit untuk menerima apa2 makanan sekarang ini even air..minum air pon tekak rasa sangat perit dan sakit..dugaan di minggu2 akhir peperiksaan...Allahuakbar

p/s: saya dari kecil bila dah batuk sangat susah nak baik...beli lah ubat batuk paling mahal pon batuk saya hanya akan hilang dalam satu minggu dan keats..malah, bila saya batuk saya akan muntah2 dan keluar darah sikit..adakah itu normal???ermm entah lah..mudah2an tiada apa2 yang kronik, doakan baik2 saja untuk saya ya...;0

Wednesday, April 6, 2011

dugaan

Assalamualaikum wbt


‎"seandainya saya tak meminjam barang orang lain..sudah tentu perkara ini tak berlaku"...saya kerap mengeluh sejak kebelakangan ini apabila sering diuji dengan pelbagai dugaan Allah..astaghfirullahalazim..tanpa sedar saya telah terlupa bhw ujian itu datangnya daripada Allah yang sayangkan hambaNYa..saya telah menidakkan nikmat Allah kepada saya...saya terlupa bahawa nikmat ujian ini adalah tanda cinta Allah pada hambaNya..Allah~ alangkah manisnya ujian yang Engkau berikan ini andai setiap daripada kami menyedari hikmah yang tersimpan.

tapi akhirnya saya pasrah..saya disedarkan dengan pesanan Rasulullah saw:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Dia mahu saya kembali padaNya..saya terlalu jauh dariNya..bawalah hatimu kepada Tuhanmu..Penciptamu..bawalah mohon jalan pulang..
kadang2 kita terlalu leka dengan nikmat dunia sementara sehingga terlupa akan azab api neraka yang tiada tara dan abadi.kita juga terlalu leka dengan nikmat yang luasnya seperti lautan tidak berpenghujung tetapi apabila ditimpa ujian terlupa bahawasanya ujian kita hanyalah ibarat benang di lautan..tidak timbul walau sedikit..lihat, alangkah sedikitnya kita bersyukur dan alangkah banyaknya yang kita kufur..astaghfirullahalazim..semoga kita sama2 berdoa agar terus dikuatkan hati dengan setiap ujian Allah dan bersabar..la tahzan..Sesungguhnya air mata saya telah kering akibat terlalu banyak mengalir.biarkan air mata itu mengalir ibarat mengalirnya dosa2 kecil yang ingin Allah hapuskan melalui ujianNya..Allahuakbar~

Bukankah Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawasanya Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan kita.


Rasullullah saw pernah bersabda:


"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"


[Riwayat al-Bukhari]


Begitu juga apabila Allah menguji saya dengan memberikan rasa sakit kepada mak saya..cukuplah saya yang menjadi galang ganti..tak sanggup rasanya melihat mak saya yang sudah agak berusia untuk menerima ujian sakit itu..biar ya Allah, berikan rasa kesakitan itu pada hamba ini..biar ibuku tidak merasa beban kesakitan walau sedikitpun.


Ya Allah,Kau berikanlah Rahmat ke atas kedua ibu dan bapaku didunia dan akhirat.Ya Allah, jangan Kau berikan kesakitan yang mudarat kepada ibuku, berikannya kesembuhan..beri segala kesakitan itu kepadaku.sesungguhnya, ibulah tonggak kejayaan hidup aku.babah dan mak, TIADA SIAPA DPT MENGGANTI KAMU SELAMANYA.sedekahkah al-fatihah kepada mereka sebanyak2nya..bukti anak soleh.



p/s: buat sahabat yang mengenali dari jauh dan dekat  dengan nama Allah, saya memohon ampun dan maaf sebanyak2nya jika saya ada membuat mana2 hati sakit, terguris atau tidak senang dengan saya..juga membuat pelbagai masalah yang berlaku..maafkan saya..saya tidak mahu berhadapan dengan sahabat2 saya di padang mahsyar hanya kerana ingin memohon maaf di sana krn dosa2 yang saya lakukan pada kalian, saya hanya ingin menemukan kamu semua di syurga.

Sunday, March 27, 2011

alhamdulillah, semoga Allah permudahkan segala~


Andai Cinta ingin diberi…berilah kepada seseorang yang benar-benar layak,yang boleh digelar suami..


1.Kuat agamanya.Walau sibuk macam mana pun,dia tetap memelihara solat fardhu.Mampu menjadi imam untukku dan untuk anak-anakku.Mampu untuk membimbingku ke jalan yang diredhai Allah.

2.Mempunyai akhlak yang baik.Percakapannya yang lembut mampu menyejukkan hati aku yang sedang marah.Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak ansur.Sopan tutur kata dan mempunyai hati yang mulia.Mempunyai rasa hormat kepada warga tua.
3.Menghormati ibu bapaku.Dia harus faham biarpun ketaatan seorang isteri selepas berkahwin hanyalah hak mutlak suami tetapi aku mohon untuk membalas jasa budi ibu bapaku yang telah mendidikku sejak dari kecil.Izinkan aku menjaga ibu bapaku walau dalam apa jua keadaan pun.Maafkan aku bila aku meletakkan kepentingan Ibu bapaku di tangga yang teratas.Tetapi itu bukan bermakna aku akan mengabaikanmu,tidak sama sekali.

4.Tegas mempertahankan maruah.Dia tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang menjatuhkan maruahnya sebagai seorang Islam.

5. Amanah dan tidak boros.Dia tidak pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja.Dia bukanlah seorang yang kedekut tetapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6.Menundukkan pandangan mata ketika melihat perempuan.Sekiranya matanya liar memandang perempuan lain dia bukanlah calon yang sesuai untuk aku.Sebab aku adalah pencemburu berat.
7.Mempunyai pergaulan yang terbatas dengan perempuan.Aku tidak kisah dia mempunyai kawan lelaki dan kawan perempuan tetapi aku tidak mahu dia menjadi fitnah orang.

8.Bertanggungjawab.Dia hendaklah seorang yang mementingkan ibu bapanya.Yang sentiasa menjenguk ibu bapanya.Yang sentiasa mengambil berat akan ibu bapanya.Jika ibu bapanya sedang hidup melarat dan dia hidup hebat…say good bye laaa

9.Mempunyai wajah yang tenang.Wajahnya tenang setenang waktu dia bercakap dan bertindak.
10.Jujur & berterus terang.Aku menerima apa adanya,tetapi tolong berterus-terang dengan aku.Sebab aku tidak mahu kepercayaan yang aku beri 100% hanya tipu semata-mata.

Aku sendiri kurang pasti dengan masa depan ini,Cuma aku menetapkan criteria-kriteria ini bukan bermakna aku terlalu memilih tetapi aku harus memikirkan masa depanku,untuk ibu bapaku dan untuk anak-anakku…


~alhamdulillah, sedikit sebanyak ciri-ciri diatas ada dalam diri dia..istikharah cinta yang aku cari ternyata tidak salah
terima kasih ya Allah~