"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Monday, April 11, 2011

Rindu itu

Apakah aku akan dirindu pabila ku tiada lagi di sini???
*diam...sunyi..pilu meragut jiwa
hati berlagu pilu memikirkan aku akan terpisah dengan sahabat2 baik aku apabila aku bakal berpraktikum awal bulan Mei ini..selepas ini tiada lagi yang akan ku dengari gelak tawa sang sahabat ku Cik A, tiada lagi senda gurau si kecil sahabatku Cik J..tiada lagi bunyi hingar dan rajuk cik H..dan jauh ku tinggalkan sahabat2ku yang lain..tapi tidak apa, sunnah kita hidup ini ada mula dan akhirnya.mungkin kita bertemu pada tika ini dan masa akan datang kita terpisah.Sudah resam dunia yang bertemu akan berpisah..matahari akan bergilir dengan bulan meniti hari2 yang mendatang..begitulah resam kisah kita semua sahabat..yang penting bawa jiwa kita bersama..jasad kita jauh, tapi jiwa kita satu..semoga kenangan yang ada itu mampu menampung rindu yang membenak dalam jiwa.
Hari-hari yang mendatang ini akan ku titip dengan penuh kegembiraan agar apabila ku tiada lagi di sisi kalian, ada kegembiraan yang aku tinggalkan..

p/s: aku pasti rindukan kalian nanti.=')

2 comments:

Halia Kentang @ Annpaan said...

sy pasti akan merindui kamu jgk..
huahuahuahua..
sedeh nyeee kita terpisah2x..

najah said...

hukhuk..sob..sob..:'(
takpe sem 8 ada lagi..:')