"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Wednesday, April 6, 2011

dugaan

Assalamualaikum wbt


‎"seandainya saya tak meminjam barang orang lain..sudah tentu perkara ini tak berlaku"...saya kerap mengeluh sejak kebelakangan ini apabila sering diuji dengan pelbagai dugaan Allah..astaghfirullahalazim..tanpa sedar saya telah terlupa bhw ujian itu datangnya daripada Allah yang sayangkan hambaNYa..saya telah menidakkan nikmat Allah kepada saya...saya terlupa bahawa nikmat ujian ini adalah tanda cinta Allah pada hambaNya..Allah~ alangkah manisnya ujian yang Engkau berikan ini andai setiap daripada kami menyedari hikmah yang tersimpan.

tapi akhirnya saya pasrah..saya disedarkan dengan pesanan Rasulullah saw:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:"Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:"KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:"Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

Dia mahu saya kembali padaNya..saya terlalu jauh dariNya..bawalah hatimu kepada Tuhanmu..Penciptamu..bawalah mohon jalan pulang..
kadang2 kita terlalu leka dengan nikmat dunia sementara sehingga terlupa akan azab api neraka yang tiada tara dan abadi.kita juga terlalu leka dengan nikmat yang luasnya seperti lautan tidak berpenghujung tetapi apabila ditimpa ujian terlupa bahawasanya ujian kita hanyalah ibarat benang di lautan..tidak timbul walau sedikit..lihat, alangkah sedikitnya kita bersyukur dan alangkah banyaknya yang kita kufur..astaghfirullahalazim..semoga kita sama2 berdoa agar terus dikuatkan hati dengan setiap ujian Allah dan bersabar..la tahzan..Sesungguhnya air mata saya telah kering akibat terlalu banyak mengalir.biarkan air mata itu mengalir ibarat mengalirnya dosa2 kecil yang ingin Allah hapuskan melalui ujianNya..Allahuakbar~

Bukankah Allah telah menyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran bahawasanya Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan kita.


Rasullullah saw pernah bersabda:


"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"


[Riwayat al-Bukhari]


Begitu juga apabila Allah menguji saya dengan memberikan rasa sakit kepada mak saya..cukuplah saya yang menjadi galang ganti..tak sanggup rasanya melihat mak saya yang sudah agak berusia untuk menerima ujian sakit itu..biar ya Allah, berikan rasa kesakitan itu pada hamba ini..biar ibuku tidak merasa beban kesakitan walau sedikitpun.


Ya Allah,Kau berikanlah Rahmat ke atas kedua ibu dan bapaku didunia dan akhirat.Ya Allah, jangan Kau berikan kesakitan yang mudarat kepada ibuku, berikannya kesembuhan..beri segala kesakitan itu kepadaku.sesungguhnya, ibulah tonggak kejayaan hidup aku.babah dan mak, TIADA SIAPA DPT MENGGANTI KAMU SELAMANYA.sedekahkah al-fatihah kepada mereka sebanyak2nya..bukti anak soleh.



p/s: buat sahabat yang mengenali dari jauh dan dekat  dengan nama Allah, saya memohon ampun dan maaf sebanyak2nya jika saya ada membuat mana2 hati sakit, terguris atau tidak senang dengan saya..juga membuat pelbagai masalah yang berlaku..maafkan saya..saya tidak mahu berhadapan dengan sahabat2 saya di padang mahsyar hanya kerana ingin memohon maaf di sana krn dosa2 yang saya lakukan pada kalian, saya hanya ingin menemukan kamu semua di syurga.

No comments: