"/> Pandulah daku Ya Allah pada segala niat tutur dan gerak geri.. juga pada tiap langkah mencari makrifat dan hakikat.. pada setiap waktu yang bergulir agar sentiasa dicucuri rahmatMU

Saturday, January 8, 2011

mari bersama hidup secara sihat (part 1)

assalamualaikum & salam sejahtera sume..

ehem3x..tber2 arini terasa rajen nak hapdate belog setelah sekian lama inii belog bersawang dan berlabah2 mari kita bercakap bercerita pasal kesihatan plak
aku bkn pe aku rase ramai rakyat Malaysia skang ni yg tak amalkn hidup secara sihat kn..kn..
aku sendiri adalah contoh terbaik..huhu
seb bek ngaku kau...berbalik kpd cherita kesihatan ni..meh aku nak bg sedikit info pasal jenis2 penyakit yg semakin berleluasa di Malaysia kini serta punca2nya..peh ayat bajet nk skema..khekhekhe..(sape tgok cte mak limah tu paham ler) ;0

1) diabetes aka kencing masam manis

Diabetes adalah satu keadaan di mana kadar gula dlm darah adalah lebih tinggi dri kebiasaannya.
Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, dimana ia akan digunakan untuk bahan bakar.
Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa kedalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

sumber:http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/DiabetesMellitus.php

puncanya biasalah sbb kita suka sgt bermanis-manisan kn..air nk manis jek, kalo x manis tak kaw pastu makan benda manis lag...ermm lagi la parah..


2) Kegagalan jantung utk berfungsi dgn baik

Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' di Malaysia. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.

Punca yg paling ketara ialah disebabkan oleh pembentukan kolestrol dlm pembuluh darah kita..ermmm tros rase nak banned makanan segera spt KFC, MCD dsbg nyaa..takot2 wooo


3) Darah tinggi atau hipertensi

Penyakit ni lebih kurg mcm darah die lebey tinggi daripada org laen..hahaha

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung.Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik.Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Punca secara umum kes penyakit mcm ni biasala kan selalu mengamalkan pemakanan yang tak sihat. Sebagai contoh kuantiti garam yang banyak dlm badan. Tapi secara saintfik plak  penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan..
Begitulah hendaknya..ohh hari ni sy jd doktor tak bertauliah ye puan2 sekalian..sedia maklum dolu2 blajo tak pandai nak jadi doktor...sob3 *lagu sedih di belakang mengiringi*

2 comments:

Halia Kentang @ Annpaan said...

terima kasih doktor sbb bg nasihat camni

najah said...

sengsame2...awk insaf x??